Pembantu Doktor

TIPS BER-fesyen BUAT lelaki. - Dr Fesyen




Fashion pada hari ini tidak lagi hanya untuk wanita/perempuan.
Banyak bukti yang korang tengok atau dengar tentang lelaki dan fesyen.
Disini DOKTOR FESYEN ada beberapa tips yang ingin dikongsi bersama. Boleh mambantu korang menjadi lebih baik:


PERTAMA

STICK(kekal)  dengan gaya yang sesuai untuk diri kita. Kadang-kadang pakaian trendi bukan
pilihan tepat untuk kita pon.
Jika korang mempunyai gaya peribadi, stick dengan itu. Kalau tak korang akan rasa tak selesa dan tak ada kepuasan dalam bergaya. Tak bermakna korang tak boleh berubah ke GAYA yang lebih menarik, tapi korang kenalah buat sikit-sikit atau slow-slow.
Amaran sekali lagi: JANGAN MENJADI SESUATU YANG BUKAN DIRI KORANG.


KEDUA

Melabur dengan baik. Sangat mudah untuk menghabiskan duit korang kan?, tapi tidak semua orang mampu untuk itu, maksunya anda masih bertuah lah. Korang bebas memilih jenama, namun last-last cuba kita buat perhitungan wajarkah item itu diberi dengan HARGA sebegitu. Tu hak anda ya 
Kepada yang terlebih mampu dah pastilah TEMPAH tu lebih baik. Potongan dan gaya mereka yang dikelompok ini jauh tampak lebih habat dari biasa. Namun ia tidak bermakna korang tak boleh menjadi macam dorang yang dah ada designer sendiri.


KETIGA


Jangan lupa pakaian luar-Banyak orang cenderung untuk fokus hanya pada pakaian dorang,
lupa tentang JAKET/BLAZER.
Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu JAKET/BLAZER sebab ia salah satu elemen yang ampu menampakkan seseorang berbeza gayanya. Kalau boleh pilih JAKET/BLAZER yang paling flexible. Dari santai hinggalah ke sesuatu yang formal.
Banyak JAKET /BLAZER yang sesuai. Doktor sendiri boleh tolong carikan.




KEEMPAT


Jangan lupa seluar.
Berbanding dengan baju, Doktor Fesyen sarankan supaya korang berbelanja lebih sediikit untuk seluar sebab seluar yang sama lazimnya dipakai dengan lebih kerap. Dapatkan seluar yang berkualiti dan sesuai dengan gaya anda.
Lakukan pilihan tepat untuk setiap pembelian yang ingin korang buat. Lebih baik dapatkan nasihat. Apabila anda rasa nyaman di bahagian seluar, secara automatiknya keselesaan akan wujud di mana-mana.


KELIMA


Dapatkan beberapa helai Tee-shirt. Sebab Tee-shirt itu merupakan pakaian paling selesa yang pernah direka.
Doktor Fesyen sarankan agar untuk Tee-shirt dapatkan koleksi peribadi daripada BUNDLE shop atau kedai-kedai menjual T-shirt dengan harga/kadar biasa. Tak perlu rasanya beli sehelai T-shirt dengan harga RM 1000 oleh kerana ianya berjenama dan diperbuat daripada fabric paling termahal.
jangan terlalu berlebihan untuk ini.


KEENAM


Pelaburan untuk kasut.  Sekurang-kurangnya anda mempunyai sepasang kasut yang paling anda gemar dan tak malu untuk memakainya.
Daripada kasut saja kita boleh mengetahui jenis perwatakan seseorang.
Korang sendiri paham. Tapi seharusnya kena pada masa dan tempat.  


KETUJUH

Ingat untuk Accessories-Semua orang memerlukan sekurang-kurangnya satu . Tidak kiralah JAM ataupun sebagainya.
Jangan berlebihan dengan perhiasan, tetapi ramai mereka pada hari ini sangat bijak mengenakan accessories dengan pakaian dan gaya.


KELAPAN

Jauhkan ciri tidak baik atau Tidak peduli pada pakaian korang.berapa banyak korang habiskan untuk pakaian?
Lemparkan/parking pakaian korang dalam keadaan yang megerikan. Ruginya.
Jaga pakaian anda

Dan yang paling penting. pastikan korang mengikut arahan rawatan dengan betul. Cara mencuci sehinggalah jenis air yang perlu digunakan masa mencuci.


TOTAL :
Kalau korang menepati semua cirri diatas berikan tepukan kat diri sendiri. Bukan senang nak melakukan seperti itu.
Sebarang Pertanyaan Jangan Lupa TANYA DOKTOR ok. Selamat BERGAYA semua.





Penaja Bersama: 
Korean Crown Collection

4 comments:

hyzmyn fydzyl said...

fesyen2 gak~tapie agak2 la baju tuh kita nih kt malaysia mane nk pakai baju tebal2 mcm tuh~x sriyo kew //malaysia dah lew penuh dgn panas terik nya .. mlm pun belum tentu sejuk

Korean Crown Collection said...

Hyzmyn fydzyl, bkn sume baju tebal. ada yang sesuai dengan cuaca malaysia nieh.

Amm's Story said...

wow,nasihat fashion yang sangat bagus :D

Anonymous said...

pada orang yang berjiwa hip hop.. apakah feshen yang lebih santai dan tidak terlalu berat?

ORDER FORM

NAMA
HP. NUMBER
FACEBOOK EMAIL
KOD, SAIZ, WARNA dan KUANTITI
CARA PEMBAYARAN Online Transfer
ATM Transfer
Mesin Cash Deposit
Melalui Kaunter Bank
IBG Transfer
WAKTU PEMBAYARAN (am/pm)
JUMLAH BAYARAN (RM)
LAIN-LAIN

This contact form was created by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...